Trending

Pindaan SOP sektor peruncitan berkuat kuasa 18 November ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah membuat pindaan terhadap prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor peruncitan yang akan berkuat kuasa pada 18 November ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, SOP tersebut akan dilaksanakan untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini.

“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah melihat terdapat keperluan untuk menambah baik SOP dalam sektor berkenaan termasuk dengan prosedur dan sebagainya,” kata beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak itu berkata demikian pada sidang media Covid-19 di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menjelas lanjut tentang pindaan SOP itu, jelasnya, ia juga melibatkan pengawasan untuk pengimbas suhu badan automatik yang disediakan di setiap pintu masuk premis.

DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS (F: JAPEN)

“Terdapat satu masalah yang saya lihat di mana semua orang menyediakan alat pengimbas suhu badan automatik di premis perniagaan dan sebagainya tetapi tiada siapa yang menjaganya.

“Tujuan alat tersebut disediakan adalah untuk memastikan sama ada pelanggan yang datang tidak demam dan suhu tidak tinggi, jika tiada siapa menjaga alat tersebut maka sukar untuk mereka mengesan individu yang demam,” ujarnya.

Sehubungan itu, Uggah memberitahu alat tersebut tidak boleh memberitahu bahawa ada individu yang demam datang sekiranya tiada pengawasan.

“Jika ada orang yang menjaga alat tersebut mereka boleh membantu mengesan individu yang demam dan mengarahkan mereka untuk balik ke rumah atau pergi mendapatkan rawatan.

“Ini adalah SOP yang kami ditambah baik dalam sektor peruncitan,” tegasnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru