Trending

Pindaan tidak adil untuk S’wak, Sabah – penganalis politik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, tidak adil bagi Sarawak dan Sabah kerana mereka belum lagi menilainya.

Penganalisis politik, Dr Nadrawina Isnin berkata, ia memberi kejutan kepada wakil Sarawak dan Sabah kerana mereka tidak diberikan edaran lebih awal akan kandungannya.

“Ini kerana ia mempunyai implikasi tentang masa depan Sarawak dan Sabah,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Beliau menambah, walaupun Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu perlu mendapat dua per-tiga majoriti untuk diterima sebagai sah, ia seharusnya memerlukan perbincangan dua hala antara Sarawak, Sabah dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan bukannya sehala.

“Lagipun isu yang diperkata melibatkan Sarawak dan Sabah,” katanya.Dr Nadrawina percaya wakil Sarawak, Sabah dan Kerajaan PH akan dapat mencapai persefahaman ‘ menang-menang’ yang memanfaatkan semua pihak.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi memulihkan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Buruh paksa moden

SEKALI-SEKALA media melaporkan pekerja asing, termasuk pembantu rumah di negara

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak