ARTIKEL

Ping pong wanita akhiri kempen Kejohanan Berpasukan Dunia di Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hasrat skuad ping pong wanita negara menempah tiket ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Dunia 2024 di Busan, Korea Selatan tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Croatia semalam.

Pada aksi pusingan 32 terbaik di Pusat Pameran dan Konvesyen Busan itu, Croatia terlebih dahulu berada di depan selepas Hana Arapovic menewaskan wakil negara Karen Lyne dengan keputusan 2-3.

Wakil kedua negara Alice Chang Li Sian pula gagal memberi mata penyamaan buat pasukan selepas tewas kepada Lea Rakovac 0-3.

Ho Ying kemudian bangkit merapatkan kedudukan buat Malaysia apabila menewaskan Mateja Jeger 3-0.

Malaysia cuba mengheret perlawanan ke set penentuan namun usaha itu terbantut selepas Alice tewas kepada Hana 1-3 pada perlawanan keempat.

Kejohanan berkenaan menawarkan slot ke Sukan Olimpik 2024 Paris sekiranya mana-mana pasukan berjaya melangkah ke pusingan suku akhir.

Barisan pemain wanita negara memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Cuba 3-0 sebelum tewas kepada tuan rumah Korea Selatan 0-3 dan Puerto Rico 2-3 serta menang ke atas Itali 3-2 pada perlawanan pelengkap Kumpulan Lima.

Dalam pada itu, pasukan lelaki negara gagal melangkah ke pusingan 32 terbaik apabila kalah dalam kesemua perlawanan peringkat Kumpulan Tujuh.

Malaysia ditundukkan Kanada 2-3, Singapura 0-3, Brazil 1-3 diikuti Slovakia 0-3.

Skuad ping pong negara akan mengharungi satu lagi kejohanan kelayakan Sukan Olimpik membabitkan saingan individu di Bangkok, Thailand pada Mei depan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan