ARTIKEL

TERCANTIK... Pintu gerbang milik Kumpulan Cahaya Sagu Hati yang dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri Saratok 2024.

Pintu gerbang paling cantik ada di Saratok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pintu gerbang milik Kumpulan Cahaya Sagu Hati diisytiharkan sebagai paling cantik, sekali gus bergelar johan Pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri Saratok 2024.

Kemenangan tersebut melayakkan kumpulan yang diketuai Abang Azwan Abang Sarkawi itu pulang dengan hadiah RM3,000.

Sementara itu, pintu gerbang Kampung Tanjung Hilir yang diketuai Ketua Kampung Junaidi Bujang dipilih sebagai naib johan untuk memenangi hadiah RM2,300.

Manakala pintu gerbang kumpulan Otai Masih Berbisa pula di tempat ketiga dan menerima hadiah RM1,500.

ADUN Kalaka Mohamad Duri yang menyampaikan hadiah berkata, tahun ini lapan pintu gerbang bertanding seterusnya menyerikan suasana lebaran di Saratok bermula malam tujuh likur.

TAHNIAH… Mohamad menyampaikan hadiah RM3,000 kepada wakil Kumpulan Cahaya Sagu Hati selepas dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pintu Gerbang Aidilfitri Saratok 2024.

Berita lanjut dalam epaper percuma : https://stssapp.com/

BERITA LAIN

BERITA TERBARU