Pipus makanan popular di Daro berpotensi ke pasaran luar

DARO: “Produk makanan yang popular di Daro contohnya Pipus mempunyai potensi yang tinggi untuk memperoleh pensijilan halal dengan harapan produk tersebut dapat diperluaskan lagi ke pasaran luar,” jelas Pengurus Besar Perbadanan Pembagunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Abdul Hadi Abdul Kadir.

Jelasnya lagi pegawai akan SEDC sentiasa bersedia membantu usahawan di kawasan Daro khanya untuk memajukan lagi perusahaan mereka dari pelbagai sudut seperti modal, latihan dan sebagainya.

“Di samping itu, produk digital yang ada juga mempunyai potensi untuk diketengahkan contohnya Helpy (perkhidmatan runner) yang juga bersama kita pada hari ini.

“Sehubungan itu, melalui program ajuran SEDC pada kali ini kita harap ia dapat memberikan pendedahan ilmu dan tunjuk ajar kepada usahawan di Daro untuk menghasilkan produk halal yang diiktiraf Jabatann Agama Islam Sarawak (JAIS),”katanya dalam Program Roadshow Usahawan dan Seminar Juh! Halal 2020 di Dewan Kemas Daro hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak JAIS kerana terlibat secara langsung dalam program tersebut bersana SEDC.

“Terima kasih kepada pihak JAIS kerana memberi kerjasama dalam menjayakan program pada kali ini, kita juga berharap Daro kini dapat semakin membangun di bawah pimpinan Adun Safiee Ahmad yang pernah sama menyumbang jasa bersama SEDC.

Suara Sarawak