Trending

Pita pindahkan saham media kepada pewaris lain

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BANGKOK: Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward, mendedahkan bahawa beliau sudah memindahkan sahamnya dalam firma media Thailand yang tidak lagi beroperasi, iTV Plc kepada pewaris lain sebagai usaha mengatasi sebarang halangan untuk menjadi perdana menteri.

Pita, 42, menjadi calon utama sebagai perdana menteri selepas parti beliau mencipta kemenangan mengejut dalam Pilihan Raya Umum Thailand pada 14 Mei, sambil menyatakan beliau bersedia melawan kes saham media yang ‘bermotif politik’.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, Ruangkrai Leekitwatana, seorang calon daripada Parti List Palang Pracharath, meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) menyiasat kelayakan Pita untuk bertanding kerana perlembagaan Thailand melarang individu yang memiliki saham dalam syarikat media daripada bertanding dalam pilihan raya.

Pita menjelaskan, saham dalam iTV Plc didaftarkan atas namanya kerana mahkamah melantik beliau mewakili pewaris lain selepas kematian bapanya pada 2006.

Beliau menyatakan, iTV tidak lagi beroperasi pada 2007 dan kemudian dikeluarkan daripada Bursa Saham Thailand pada 2014.

“Sementara menghadapi pelbagai tohmahan, saya memutuskan untuk berbincang dengan pewaris lain yang mengamanahkan saya memegang saham iTV yang diwarisi daripada bapa saya bagi pihak mereka.

“Kami memutuskan untuk memindahkan saham-saham kepada pewaris lain bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa proses pemulihan iTV yang sedang berjalan,” tulisnya di Facebook.

Selepas memenangi 151 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei dan meraih lebih 14.2 juta undi, Parti Move Forward dan tujuh parti lain membentuk gabungan dengan 313 daripada 500 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru