Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat bersedia mengundurkan diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu Parti Pheu Thai membentuk kerajaan seterusnya, jika beliau sekali lagi gagal mendapat sokongan mencukupi dalam undian pusingan kedua minggu depan.
Pita akan memperbaharui pencalonannya apabila Parlimen bersidang semula pada Rabu untuk undian kedua.
“Saya berjuang sehingga akhir, tetapi jika jelas MFP gagal, saya beri laluan kepada Parti Pheu Thai yang mempunyai kerusi kedua terbanyak untuk membentuk kerajaan,” katanya.