ARTIKEL

PKBM dapat ‘tabik hormat’ anjur ACC 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penganjuran Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berakhir di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin, menerima maklum balas positif daripada kesemua negara bertanding.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, berkata penganjuran ACC itu turut disertakan ‘tabik hormat’ kepada Malaysia selaku tuan rumah oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

“Syukur Alhamdulillah apabila kita sekali lagi berjaya menganjurkan ACC selepas 2018. Selaku Presiden, saya berpuas hati dengan perjalanan penganjuran ACC kali ini bermula hari pertama hingga hari terakhir.

“Saya juga berjumpa dengan presiden dan juga wakil persekutuan berbasikal daripada beberapa negara lain yang mana mereka gembira dengan apa yang kita lakukan sepanjang enam hari ACC berlangsung,” katanya, dalam kenyataan, semalam.

Penganjuran ACC 2023 bermula 14 Jun lepas, melibatkan penyertaan hampir 500 pelumba termasuk kira-kira 60 pelumba para daripada keseluruhan 17 negara termasuk Malaysia.

Selain Jepun, Korea Selatan dan China yang dilabel gergasi Asia, antara negara lain yang mengambil bahagian termasuk Taiwan, India, Hong Kong, Macau, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Indonesia, Singapura dan Laos. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU