ARTIKEL

PKMM Sarawak rancang bina bangunan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak mengambil langkah strategik untuk memacu pertumbuhan industri pembinaan negeri dengan merancang pembinaan bangunan persatuan baharu yang akan berfungsi sebagai pusat latihan, seminar dan platform pengembangan usahawan kontraktor Bumiputera.

Naib Presiden PKMM Malaysia, Datuk Ismail Suut berkata bangunan itu juga akan menjadi hab perbincangan industri serta jaringan strategik, selain memperkukuh pentadbiran dan operasi persatuan.

“Perbincangan sebentar tadi turut menyentuh cadangan pembinaan bangunan baharu persatuan yang dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Sarawak.

“Bangunan tersebut dirancang dibina dalam tempoh dua tahun akan datang dan akan berlokasi di Jalan Sultan Tengah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat kepada Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PKMM Sarawak berkata projek ini merupakan langkah strategik untuk meningkatkan keberkesanan operasi persatuan serta memanfaatkan peluang pembangunan industri pembinaan kepada ahli.

Selain itu, PKMM Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas penyerahan jentera dan mesin kepada persatuan yang membolehkan ahli menyiapkan projek tanpa bergantung kepada peralatan sewaan, sekali gus memperkasakan kontraktor tempatan.

“Dengan sumbangan ini, ahli PKMM dapat menyiapkan projek yang dianugerahkan dengan lebih efisien dan menjadikan kontraktor tempatan lebih kompetitif,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka