PKP di Kapit, Song mulai esok

KAPIT: Daerah ini dan daerah Song akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 2 Februari ini selama dua minggu.
Menurut sumber dari Pusat Khidmat Masyarakat N.61 Pelagus, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) serta telah dipersetujui oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi JPBN.
“Adun Pelagus Wilson Nyabong Ijang telah pun selesai mengadakan ‘zoom meeting’ dengan Uggah, ahli JPBN serta Jawatankuasa Kerja Bencana Bahagian Kapit yang diketuai oleh Residen Bahagian Kapit Nyurak Keti.
“Tujuan maklumat ini dikongsikan adalah untuk memaklumkan penduduk di Song dan Kapit agar bersedia bahawa 2 Februari ini, kita akan PKP,” kata jurucakapnya di sini hari ini (Ahad).
Bercakap lanjut, jurucakapnya berkata, keputusan ini dibuat disebabkan kes positif COVID-19 di kedua-dua tersebut meningkat.