PKP di seluruh negara mulai 1 Jun

KUCHING: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penguncian penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam tadi berkata, sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Keputusan ini di buat selepas mengambil kira situasi terkini penularan di negara ini dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Setakat semalam, seramai 2,552 orang meninggal dunia akibat Covid-19 dan jumlah kematian semakin meningkat.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Mei 2021

Suara Sarawak