Trending

PKP: JPJ sedia bantu polis, tentera di semua sekatan jalan raya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di semua sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu selaras dengan kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

“Sehubungan itu, JPJ akan berhubung dengan pihak PDRM bagi tujuan penyelarasan tugasan dan pengaturan anggota supaya operasi yang dirancang mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan.

“JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya dalam situasi pandemik COVID-19 ini,” katanya. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru