ARTIKEL

PKP: Kebajikan warga asing tak akan dipinggirkan -Ismail Sabri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan kebajikan pekerja asing dan pelarian yang berada di negara ini tidak akan dipinggirkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dikuat kuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersedia memberi bantuan antara lain dengan menguruskan soal bekalan makanan mereka.

“Semalam ada berita mengatakan pekerja Bangladesh tak ada makanan, kerajaan kita adalah kerajaan bertanggungjawab, sesiapa sahaja yang berada dalam negara kita pastinya akan dibantu.

Pelarian juga sama. Layanan  dia sama, kita takkan benarkan rakyat kita atau asing sekalipun untuk kelaparan sewaktu PKP ini dilaksanakan,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri berkenaan PKP di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mahu setiap kedutaan, terutama yang mempunyai rakyatnya bekerja di negara ini mengambil tanggungjawab memastikan mereka mendapat bantuan sewajarnya.

“Mereka perlu melapor kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara di peringkat daerah jika terdapat warga mereka di daerah-daerah, dan jika berada di Kuala Lumpur mereka boleh terus berhubung Pusat Pengurusan Krisis di bawah kawal selia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jadi isu berkaitan warga asing perlu diambil tanggungjawab kedutaan masing-masing dan kita akan bantu selaraskan apa mereka perlukan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

KPM pantau IPU sebelum tentukan operasi sekolah

KUALA LUMPUR: Status pengoperasian sekolah di seluruh negara ketika jerebu akan ditentukan berdasarkan pemantauan harian bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

BERITA TERBARU