ARTIKEL

PKP: KKMM lulus dana RM1.32 Juta untuk bantu penerbit filem tanah air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1.32 juta sebagai Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada penerbit filem tempatan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemberian dana itu adalah sebagai maklum balas kepada cadangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penerbit filem terus menghasilkan filem tempatan.

“Justeru, setelah berbincang dengan pengurusan tertinggi KKMM, saya dengan ini meluluskan dana tersebut kepada sebilangan syarikat yang layak. Pengurusan FINAS akan menghubungi syarikat-syarikat berkenaan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berharap insentif itu dapat membantu penggiat seni tanah air terus menerbit dan memasarkan hasil karya filem untuk pasaran tempatan dan global.

Saifuddin juga berkata beliau akan mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai pemegang kepentingan dan meneliti beberapa laporan penting dalam usaha bersepadu untuk memperkasa industri kreatif negara. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan