Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

PKPB di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto Bernama

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di Daerah Kuching selama 14 hari mulai 9 hingga 22 November ini .

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Embas berkata, keputusan tersebut diambil berikutan kes positif Covid-19 di Daerah Kuching kian meningkat setiap hari.

“JPBN telah menilai situasi dengan mengambil kira kes jangkitan tempatan yang direkodkan di Daerah Kuching iaitu sebanyak 151 kes dalam tempoh 14 hari lalu.

“Selaras dengan penguatkuasaan PKPB, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak polis,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali keluar dan masuk ke Daerah Kuching.

“Bagi prosedur operasi standard (SOP) PKPB tersebut, ia akan dikeluarkan pada 8 November lalu,” tambahnya.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak kembali dengan merekodkan 25 kes positif semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Sarawak meningkat kepada 985 kes.

Baca lain  Projek Hutan Pendidikan Takasago-Unimas mudahkan kerja penyelidikan

Kesemua kes tersebut dikesan di Daerah Kuching dan kekal berstatus merah dengan jumlah keseluruhan 151 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Daripada jumlah itu katanya, kes yang dilaporkan turut melibatkan empat kluster iaitu Kluster Baki, Kluster Green Hill, Kluster Saberkas dan Kluster Seladah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru