PKPB dilaksanakan di Kuching, Sibu dan Miri mulai 13 Januari

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di zon merah negeri ini bermula 13 hingga 26 Januari ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia melibatkan Daerah Kuching (merangkumi Kuching, Samarahan dan Serian, Daerah Sibu (merangkumi Sibu dan Sarikei) dan Miri.
“Pergerakan ke tiga zon merah ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada polis,” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama, di sini hari ini.
Tambah Uggah, pergerakan merentas negeri dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan juga tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran polis.
Beliau merangkap pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut menegaskan kemasukan ke Sarawak akan dikenakan kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah diperakui oleh Jabatan Kesihatan Sarawak.
Katanya, ujian saringan Covid-19 akan diambil pada hari kedua dan pada hari ke-10

Suara Sarawak