Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

PKPB dilanjutkan mulai 12.01 pagi 27 April hingga 11.59 malam 17 Mei 2021

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Sekatan jalan raya dalam kawasan IPD Padawan bagi mengesan individu yang ingkar PKPB.

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini dilanjutkan sehingga 17 Mei ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah melihat dan menilai situasi kes positif di Sarawak yang masih tinggi.

JPBN berkata, PKPB dilanjutkan di Sarawak mulai 27 April 2021 jam 12.01 pagi hingga 17 Mei 2021, jam 11.59 malam.

Dalam pada itu, JPBN juga telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kuching, Miri, Sibu, Betong, Bintulu, Sarikei dan Kapit.

“Maklumat lengkap berhubung SOP ini akan dipaparkan di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru