PKPB Kuching berkuat kuasa tengah malam ini

KUCHING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kuching akan berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 22 November nanti.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata pergerakan keluar atau masuk dari kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, katanya antara aktiviti yang dibenarkan adalah rantaian aktiviti ekonomi dan industri.

“Ia termasuk dengan melaksanakan tugas rasmi kerajaan serta mendapatkan rawatan kesihatan, urusan kecemasan dan kematian,” katanya dalam kenyataan  hari ini.

Sementara selaras dengan penutupan sekolah seperti yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin hari ini, Uggah berkata JPBNS memutuskan semua sekolah di Sarawak akan ditutup bermula 9 November sehingga hari akhir persekolahan tahun ini, pada 18 Disember nanti.

Pada masa sama, katanya JPBNS juga melanjutkan tatacara kemasukan ke Sarawak termasuk kuarantin selama 14 hari sehingga 22 November ini.

Suara Sarawak