PKPD di 10 lokaliti ditamatkan

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengisytiharkan Kluster Jepak tamat, 82 kluster masih aktif.

Katanya, sebanyak lapan kluster telah merekodkan 36 penambahan kes baharu manakala 74 kluster yang lain tidak merekodkan sebarang penambahan kes.

Sementara itu, JPBN turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti di iaitu Daerah Bintulu, Julau dan Pakan.

JPBN berkata Kampung Jabai dan Kampung Hulu Sebauh, Bintulu dikenakan PKPD pada 14 hingga 27 Mei ini.

Sementara “Rumah Ayup, Nangga Lassi Mit, Julau dan Rumah Nyandang Lasi, Julau diarahkan PKPD pada 15 Mei hingga 31 Mei ini.

”Rumah Berayun, Sungai Nansang Tugong, Pakan dan Rumah Douglas Jenuang, Pakan pula turut di PKPD pada 15 Mei hingga 31 Mei,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, PKPD turut dilanjutkan di Rumah Jali dan Rumah Lanyau, Jalan Bukit Dinding-Bergerik, Mukah (16 hingga 23 Mei 2021) serta Rumah Gana, Kemantan, Sarikei dan Rumah Lat, Sungai Anggie Atas, Bayong Sarikei (18 hingga 23 Mei 2021).

Manakala, JPBN turut menamatkan PKPD di 10 lokaliti di Daerah Bintulu, Sebauh, Mukah dan Tatau.

Kata JPBN, ia melibatkan Bilik Sewa Atas Guardian Medan Sentral, Bintulu (13 Mei 2021), Rumah Lampoh anak Dana dan Rumah Sam anak Sumbang, Sg. Mas, KM25 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu, Rumah Elbert anak Mejang dan Rumah Mabong anak Juwat, Sg. Stam Rasan, Tubau, Sebauh pada 15 Mei 2021.

“PKPD turut ditamatkan di Rumah Nelson anak Gima, Kuala Setiam, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Rumah Nyalu anak Tabor, Sungai sedarah, Tatau, Rumah Saran anak Belang, Nanga Tau, Tatau, Rumah Jungan anak Mitoh Sg Mas KM25 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (15 Mei 2021) dan Jalan Bukut Balingian Mukah (Rumah Belayong, Rumah Muda, Rumah Tepi, Rumah Minggu dan Rumah Undum) (16 Mei 2021),” katanya.

Suara Sarawak