PKPD di tujuh lokaliti di Sarawak, 11 ditamatkan.

KUCHING: Tujuh lokaliti di Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam tempoh 17 Jun hingga 3 Julai.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia melibatkan kawasan di Pakan, Bintulu, Betong, Simunjan, Sibu dan Kanowit.

“Antaranya Rh. Empi, Tanjong Lelengau di Pakan, Kuaters Pekerja Shem Lee (Bintulu), Kuarters Pekerja Kemena Holdings (Bintulu) dan Rh. Dana, Ng Tebalau (Betong).

“Turut dikenakan PKPD adalah Kampung Munggu Sabun (Simunjan), Rh. Empauk anak manggi, Pulau Dudong (Sibu) dan Rh. Kubu, Nanga Tada (Kanowit), kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPBN berkata 11 lagi kawasan ditamatkan PKPD pada 15, 17 dan 18 Jun ini.

“Rh. Mujah anak Atin, Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu; Mabong anak Juwat & Rh. Albert anak Mejang, Sg Stam Rasan, Tubau, Sebauh; Bilik Sewa Atas Kedai My Rojak, Medan Assyakirin, Bintulu; Rh. Asim anak Anyi, Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu dan Setinggan Kampung Pisang, Jalan Samalaju, Bintulu ditamatkan 15 Jun.

“Manakala ditamatkan 17 dan 18 Jun adalah Rh. Garai, Sungai Minus Jakar, Sarikei; Lepang Sayat, Engkelili, Sri Aman; Kuaters Pekerja Woodman Plantation Sdn Bhd, Semanok Estate, Tatau; Kuaters Pekerja Kem Gabong Trading, Tatau; Rh. Abong anak Madang @ Medan, Nanga Tekalit, Tatau dan Rh. Sigah anak Lak, Sg Baoh Burak, Dalat,” jelas JPBN.

Suara Sarawak