HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

PKPD Kampung Binyu Lama ditamatkan hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar fail

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Binyu Lama di sini, hari ini.

JPBN berkata, keputusan untuk menamatkan PKPD di kawasan itu susulan daripada keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

“Di samping itu, tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN mendedahkan Daerah Kabong telah bertukar status daripada status hijau kepada status kuning setelah merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning telah meningkat kepada 17 daerah dan daerah berstatus hijau telah menurun kepada empat daerah.

“Manakala 15 daerah kekal berstatus merah dan empat daerah lain kekal berstatus jingga,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru