PKR bergolak besar Baru, Ali dan Willie isytihar keluar PKR

KUCHING: Baru Bian, Willie Mongin dan Ali Biju diisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi satu kenyataan, hari ini.

Keputusan itu susulan daripada pemecatan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Naib Presiden Zuraida Kamaruddin berkuat kuasa serta-merta.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau merupakan pengerusi PKR Sarawak dan timbalan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, manakala Ali Biju adalah Ahli Parlimen Saratok dan Willie Mongin (Ahli Parlimen Puncak Borneo).

“Kami, Ahli-Ahli Parlimen PKR (KEADILAN) mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN dan muafakat PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen,” kata kenyataan itu yang turut memetik Azmin, Zuraida dan beberapa Ahli Parlimen lain.

PKR Sarawak sebelum ini mempunyai enam Ahli Parlimen yang terdiri daripada Baru, Ali, Willie, Larry Sng (Selangau), Jugah Muyang (Lubok Antu) dan Dr Michael Teo (Miri).

Suara Sarawak