PKR Cabang Mukah hulurkan sumbangan

MUKAH: Parti Keadilan Rakyat

(PKR) Cabang Mukah tidak ketinggalan menyumbang bantuan bekalan makanan kepada masyarakat setempat di sini.

Ketua PKR Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu, pihaknya menerima permohonan dan rayuan penduduk yang terkesan.

“Mereka memerlukan bantuan makanan asas,” katanya.

“Kami sangat gembira dan senang hati kerana dapat membantu golongan ini walaupun dalam kadar yang sangat terhad,” katanya.

“Kita juga berterima kasih kepada para penderma yang tampil memberikan umbangan atas dasar kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Suara Sarawak