ARTIKEL

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor. - Foto: FB

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan itu di negeri tersebut.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor, berkata NGO itu, yang akan diurus sepenuhnya oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, dilihat mampu menjadi kaedah terbaik dalam menghimpun dan menyatukan golongan muda menerusi pelbagai aktiviti.

“Hanya anak muda yang memahami cita rasa sesama mereka, dan saya serahkan mandat ini kepada Ketua AMK Negeri.

“Anak muda perlu dibentuk dari sekarang dengan memberi peluang kepada mereka dalam politik arus perdana,” katanya kepada BERNAMA selepas menghadiri Majlis Korban Aidiladha MADANI AMK di Kampung Binjal Kangkong di sini hari ini.

Pada program itu, beliau mengagihkan kira-kira 500 pek daging korban hasil sembelihan tiga ekor lembu kepada penduduk kampung berkenaan.

Mohd Suparadi juga berkata PKR Kelantan akan menghantar 50 ahli setiap hari untuk membantu sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

“Setiap dua hari, akan ada dua cabang ditempatkan di sana yang akan membantu jentera mengikut aturan gerak kerja yang telah ditetapkan.

“Kita juga akan jadi bapa angkat kepada peti undi Sungai Kecil di mana kita berkampung dari hari penamaan calon hingga ke hari pengundian,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari mengundi dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya, Nor Zamri Mohd Nor, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU