ARTIKEL

PKR Kemena lapor penyalahgunaan dana awam wakil rakyat PRS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Satu laporan penyalahgunaan dana awam oleh pemimpin dan wakil rakyat Parti Rakyat Sarawak(PRS) telah dibuat Parti Keadlian Rakyat (PKR) di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Cawangan Bintulu, petang tadi.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat(PKR) Hulu Rajang Abun Sui Anyit berkata laporan berkisar kepada pendedahan oleh sebuah portal atas talian ‘Sarawak Report’ bertajuk Dayak Daily Diddle: Rural Grants Diverted To Pay For Party Political Propaganda In Sarawak?’ bertarikh 14 Mei lalu.

Dalam laporannya, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat secara terperinci dakwaan portal Sarawak Report (SR) berhubung penyalahgunaan dana awam oleh beberapa wakil rakyat PRS yang dipercayai menyalurkan wang dari Pusat Khidmat mereka ke dalam akaun milik pihak tertentu.

Beliau yang tampil ke pejabat agensi berkenaan dengan ditemani Ketua Cabang PKR Kemena Kelvin Kilong Lutau turut menggesa pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan terperinci sekali gus mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak terbabit yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dana awam tersebut.

“Kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini kerana adakah betul duit disalurkan daripada dana Pusat Khidmat, sekiranya benar, maka itu adalah duit rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU