PKR Mukah hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina di Balingian dan Mukah

MUKAH: Sebagai satu usaha untuk mengukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum yang sedia ada di negeri ini, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Mukah Abdul Jalil bersama ahli lain telah turun padang menziarahi dan menhulurkan bantuan kepada komuniti Cina di Balingian dan Mukah bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada kali ini.

Jalil program tersebut bertujuan untuk meraikan komuniti yang berbangsa Tiong Hua yang menyambut Tahun Baru Cina tahun ini dan melalui program sedemikian jelasnya ia dapat menjadi satu manifestasi keharmonian, kesejahteraan dan kesefahaman, dalam hidup bermasyarakat di negara ini.

“Masyarakat yang hidup saling memahami dan saling menghormati di antara satu sama lain akan membawa negara ke arah kemajuan yang kita idamkan, perayaan Tahun Baru Cina, sepertimana Hari Raya , Gawai Dayak dan Krismas ialah medium utama bagi masyarakat untuk mengukuhkan lagi persaudaraan dan perpaduan sesama kita,” katanya dalam program berkenaan.

Sehubungan itu, jelasnya menyedari akan hakikat tersebut ahli-ahli PKR Cabang Mukah dengan rela hati telah menderma dan menyumbangkan bantuan kepada rakan-rakan yang berbangsa Tiong Hua agar mereka dapat sama-sama memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina.

“Kutipan derma yang diperoleh ini merupakan hasil usaha PKR Mukah yang telah lama diusahakan dalam memberi sumbangan sesama ahli dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan termasuklah mereka yang ditimpa musibah.

“Saya sangat gembira dan kagum dengan kesungguhan ahli-ahli PKR yang sedia tampil untuk memberkan sumbangan apabila diperlukan kerana ia merupakan satutindakan yang perlu menjadi amalan penting dalam hidup bermasyarakat,” tambahnya.

Ujarnya lagi pelbagai usaha turut dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat, dan Pejabat PKR Mukah dan ahli-ahli PKR akan sentiasa bersedia untuk membantu dan membimbing ahli-ahli masyarakat dalam mendapatkan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Dalam perkembangan sama juga jelasnya rakan PKR Mukah kini juga sedang bergerak aktif mendaftarkan MKPKKP yang dijangka akan dirasmikan pada bulan Mac tahun ini.

“Ahli-ahli dinasihatkan agar melibatkan diri dan menubuhkan MPKKP di kawasan masing-masing untuk bertindak sebagai agen yang membawa kemajuan kepada kawasan setempat, maka dengan itu rebutlah peluang untuk memberi kehidmat kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Ranting PKR Pekan Balingian, Wong Chai Song.

 

Suara Sarawak