PKR S’wak tidak perlukan pengerusi baharu

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak memerlukan seorang pengerusi baharu pada waktu ini, sebaliknya memilih untuk diterajui oleh “Council of Elders” buat sementara waktu.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata keputusan tersebut di buat melalui konsensus.

“Pada waktu kini, Keadilan Sarawak tidak memerlukan seorang pengerusi baharu tetapi memerlukan perpaduan dan kerjasama yang baik di kalangan ahli dan pemimpin parti.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua anggota PKR Sarawak kerana sedikitpun tidak goyah dengan pengkhianat yang keluar dari parti dalam masa setahun lebih ini.

“Sebaliknya PKR Sarawak mengambil iktibar untuk terus bekerja dengan lebih kuat untuk membantu rakyat akar umbi dan bersiap menghadapi pilihan raya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak