PKS disaran ambil kesempatan pakej bantuan kerajaan

KUALA LUMPUR: Banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mungkin kehilangan peluang kerana kegagalan mereka untuk memohon pakej bantuan kerajaan kerana tidak menyedari program itu akan berakhir menjelang Ogos ini, demikian menurut seorang pendidik kewangan semalam.

Dana dan insentif di bawah pakej rangsangan yang ditawarkan itu telah membantu PKS yang layak mengekalkan perniagaan masing-masing semasa pandemik Covid-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif Money Compass Media (M) Sdn Bhd, Amy Seok.

“PKS seharusnya mengambil inisiatif untuk memohon bantuan itu secepat mungkin kerana bantuan itu akan berakhir sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.

Menurut SME Corporation Malaysia (SME Corp), dengan kira-kira 73 peratus PKS dijangka mencatat kerugian pada 2020, cabarannya lebih kepada kecepatan dan kepantasan mereka mengguna pakai strategi berbeza untuk terus bertahan dalam budaya kelaziman baharu ini.

Mereka seharusnya menerapkan pendigitalan dalam operasi perniagaan, mengembangkan rancangan kesinambungan perniagaan serta bekerjasama rapat dengan institusi kewangan mereka untuk menguruskan kedudukan tunai.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Apr 2021

Suara Sarawak