PKS Mikro tidak dilupakan

KUCHING: Sejumlah RM5.08 bilion telah dan akan disalurkan kepada hampir sejuta perniagaan kecil dan sederhana (PKS) mikro di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) semenjak pandemik Covid-19 melanda negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kerajaan berharap bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini meringankan beban mereka terutama yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul berkata, di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) kerajaan memutuskan pemberian GKP 3.0 sebanyak RM1,000 kepada lebih sejuta peniaga mikro untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka, khususnya dalam menguruskan aliran tunai masing-masing.

Manakala melalui program Pemerkasa Tambahan yang diumumkan pada 31 Mei 2021, kerajaan mengumumkan komitmen yang sama sepanjang tempoh PKP 3.0, dengan pemberian tambahan RM500 yang menaikkan jumlah bayaran kepada RM1,500 bagi setiap PKS mikro.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Jun 2021

Suara Sarawak