ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur (PSNKL).

Planetarium Negara merupakan sebahagian daripada MOSTI yang berperanan sebagai pusat pendidikan sains angkasa tidak formal bagi menarik minat generasi muda terhadap sains angkasa di bawah program pendidikan dan pembudayaan agar dapat membangunkan kepakaran generasi akan datang khusus dalam bidang berkenaan.

Planetarium Negara ditubuhkan untuk menyelaras peranan negara dalam membuka lembaran baharu dalam bidang sains angkasa.

Selepas beroperasi selama 30 tahun sejak tahun 1994 hingga kini, ia telah menjadi asas kepada pembangunan dan penjanaan ilmu bidang sains angkasa dan astronomi.

Hingga ke hari ini, keunggulan saiz, seni bina dan teknologi sistem digital kubah penuh di kompleks planetarium masih kekal relevan kepada negara walaupun dengan peredaran masa.

Planetarium Negara juga menjadi agen transformasi utama di antara kerajaan dengan rakyat dalam bidang astronomi dan sains angkasa.

Baca lain  JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke

Pencapaian “30 Tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara” diharapkan dapat memberikan kesan positif dan matlamat kepada rakyat Malaysia terutama kepada anak muda yang minat dalam bidang astronomi, penyelidikan astrofizik dan aplikasi sains angkasa.

BERITA LAIN

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

28,531 calon cemerlang UPKK

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam semua lapan mata

BERITA TERBARU

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.