ARTIKEL

Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) dilancarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP) dilancarkan hari ini bagi merapatkan jurang antara penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan, serta meningkatkan keupayaan inovasi negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucapannya semasa pelancaran berkata menerusi MOSP, Malaysia akan dapat menyegerakan penyelesaian dan mempercepatkan penyelesaian walaupun dengan sedikit penyelidikan dan pembangunan sumber manusia.

Beliau berkata MOSP juga boleh memupuk kerjasama pelbagai disiplin dan antarabangsa serta menjimatkan sumber dengan mengurangkan pertindihan dan pembiayaan semula projek penyelidikan yang serupa.

“Saya yakin sains terbuka akan menjadi bahan penting dalam ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang akan membuka masa depan baharu bagi landskap penyelidikan di Malaysia,” katanya.

MOSP yang boleh diakses melalui mosp.gov.my adalah platform perkongsian data penyelidikan mentah yang dimulakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Inisiatif perintis telah diuruskan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) sejak 2019

— LAGI 

FADILLAH-MOSP 2 KUALA LUMPUR 

Fadillah berkata MOSP berusaha untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam sains terbuka dan inovasi yang boleh menyumbang secara positif kepada pembangunan keseluruhan dan daya saing negara dalam ekonomi global.

Beliau berkata pada masa ini melalui MOSP, 10 bidang penyelidikan ditampilkan di platform berkenaan yang merangkumi sains biologi, kimia dan matematik; kejuruteraan fizik dan sains bahan dan veterinar pertanian dan sains makanan.

Antara bidang penyelidikan lain ialah sains komputer, teknologi maklumat dan telekomunikasi; perubatan dan sains kesihatan; persekitaran iklim dan biodiversiti serta tenaga.

Fadillah berkata adalah wajar wujudnya rasa bimbang mengenai pembukaan dan perkongsian data dengan pihak lain, kerana dikhuatiri penyelidikan seseorang nanti digunakan oleh orang lain.

“Bagi mengatasi perkara ini, penggubalan Garis Panduan Sains Terbuka untuk Penyelidikan Dibiayai Awam bagi memastikan perkongsian data dilakukan dengan selamat adalah penting, bagi menenangkan semua komuniti penyelidik,” katanya.

Fadillah berkata beliau percaya garis panduan ini juga harus diterima pakai sebagai subset Dasar Perkongsian Data Negara di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital,” tambahnya.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran itu Fadillah berkata melalui MOSP, komuniti penyelidik, akademik dan pemain industri kini boleh berkongsi dan berkolaborasi bagi mempercepatkan perkembangan inovasi dan kreativiti. 

“Ini dapat menyegerakan pengkomersialan apabila industrial players boleh tengok apa yang sesuai dengan kehendak mereka,” katanya. — BERNAMA 

BERITA LAIN

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang

KUANTAN, Pahang: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

Usaha tidak pernah khianati hasil

KUCHING: Usaha selama ini sama sekali tidak pernah mengkhianati hasil. Demikian ungkapan sesuai untuk menggambarkan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Alya Athirah Asfia,

Sarawak ngerikod PNGK 2.69 ba peresa STPM 2023

KUCHING: Pemutus peresa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 Sarawak ngerikod ‘Purata Nilai Gred Keseluruhan’ (PNGK) 2.69. Pemutus nya kusut ari taun 2022, iya nya

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang

KUANTAN, Pahang: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang