ARTIKEL

PLBM anjur Liga Boling Padang Kebangsaan tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) akan menganjurkan kejohanan Liga Boling Padang Malaysia pada tahun depan.

Presiden PLBM Datuk Awalan Abdul Aziz berkata kejohanan yang julung kali diadakan itu akan berlangsung di lima zon seluruh negara iaitu utara, selatan, tengah, pantai timur dan Sabah/Sarawak.

“Selain memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain kebangsaan untuk bermain, kejohanan ini akan menjadi platform bagi meneroka bakat baharu sukan boling padang dari seluruh negara,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Beliau turut mengumumkan bahawa PLBM akan menghantar Mohd Idham Amin Ramlan sebagai wakil perseorangan lelaki dan Aleena Ahmad Nawawi, yang merupakan juara dunia pairs wanita pada Kejohanan Boling Padang Wanita 2023 bersama Nur Ain Nabilah Tarmizi, ke Scotland Disember ini untuk menyertai Kejohanan Remaja Dunia 2023.

Katanya Mohd Idham dan Aleena masing-masing akan menyertai acara perseorangan selain bergandingan dalam pairs campuran.

Awalan berkata gandingan Aleena-Nur Ain Nabilah dan pemenang gangsa pairs lelaki kejohanan dunia Izzat Shameer Dzulkeple-Mohd Soufi Rusli serta pemenang gangsa perseorangan wanita World Singles Champion of Champions, Nurul Alyani Jamil, menerima pakej umrah tajaan Affin Bank berjumlah RM20,000.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara atas sokongan dan bantuan sehingga menyaksikan skuad kebangsaan berjaya menyinar pada Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 dan Kejohanan World Singles Champion of Champions.

Baru-baru ini, Aleena-Nur Ain Nabilah mencipta sensasi apabila menamatkan kemarau 15 tahun tanpa pingat emas buat Malaysia selepas menewaskan wakil Malta, Rebecca Rixon-Connie Rixon, 15-12, pada aksi final di Gold Coast, Australia.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas ialah menerusi Safuan Said yang menjuarai perseorangan lelaki pada edisi 2008. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu