ARTIKEL

PM alu-alukan pelaburan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan pelabur dari Australia dan negara ASEAN lain untuk menerokai peluang pelaburan di Sarawak.

Beliau berkata demikian di forum pelaburan sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024, di Melbourne.

Menurut Anwar, Sarawak yang bakal menjadi Hab Tenaga Boleh Diperbaharui, mendahului ASEAN dalam ekonomi hijau termasuk tenaga hidrogen.

“Sarawak kini sedang dalam proses membekalkan tenaga hijau boleh diperbaharui ke Singapura dan Semenanjung Malaysia melalui kabel dasar laut.

“Ketika ini, Sarawak juga sedang membangunkan empangan hidro di Kalimatan untuk membekalkan tenaga hijau kepada Nusantara, iaitu ibu kota baharu Indonesia,” jelasnya lagi ketika memberi respons kepada pertanyaan Presiden Dewan Perniagaan Sarawak-Australia (SABC), Rodger Chan semasa sesi dialog itu.

Menurut Anwar, acara ASEAN juga bakal diadakan di Kuching pada tahun depan dan beliau menjemput para delegasi menerokai Sarawak termasuk melawat Ke Taman Negara Gua Mulu yang disenaraikan sebagai Warisan Dunia, UNESCO.

Sementara itu, Rodger berkata lebih 70 peratus daripada jumlah campuran penjanaan tenaga di Sarawak adalah daripada tenaga boleh diperbaharui.

Baca lain  Tolak gaji lumayan kerana keluarga

“Sarawak antara yang paling kaya dengan kepelbagaian di dunia dan memiliki antara hutan tertua berusia lebih 140 juta tahun yang menawarkan udara dan tenaga hijau,” katanya.

Hadir sama, Presiden Majlis Perniagaan Australia-Malaysia (AMBC), Victoria Nathaniel Kitingan dan Naib Presiden SABC, Henry Chuo. SABC merupakan rakan kongsi utama kepada Komuniti Ekonomi Borneo (BEC) yang baru ditubuhkan oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN. BEC terdiri daripada dewan kerajaan dan perniagaan Kalimantan, Sarawak, Brunei, Sabah dan Labuan. 

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,