Trending

PM Anwar akhiri lawatan sehari di Nanning

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

NANNING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja sehari yang padat di sini hari ini, di mana beliau menyifatkan lawatan itu telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada, antara Malaysia dan China.

Perdana Menteri berkata lawatan itu, merupakan langkah-langkah konkrit ke arah mengembangkan dan mengukuhkan kerjasama Malaysia-China yang sangat bersejarah.

Menerusi program dalam tempoh 14 jam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menghadiri majlis perasmian pembukaan China-ASEAN Expo (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) bersama-sama dengan Premier China Li Qiang dan pemimpin tertinggi negara anggota ASEAN.

Beliau juga menyampaikan ucaptama semasa majlis pembukaan CAEXPO Ke-20, serta merasmikan pembukaan astaka pameran ‘Malaysian Pavillion’ dan memperkenalkan buah nangka dari Malaysia, kepada para peserta CAEXPO dan bagi pasaran China.

Anwar telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan Premier Li, dan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Li, bagi meraikan kehadiran beliau ke CAEXPO kali ini. 

-BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada