ARTIKEL

PM Anwar, PM China Li Qiang komited galak dunia multipolar teratur, bawa manfaat ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang menyatakan komitmen mereka menggalakkan dunia multipolar yang saksama dan teratur serta globalisasi ekonomi yang memberi manfaat dan inklusif secara universal.

Dalam kenyataan bersama antara China-Malaysia berkaitan Meningkatkan Kerjasama Strategik Komprehensif Ke Arah Komuniti China-Malaysia dengan Masa Depan Bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa dunia sedang melalui perubahan pesat dan memasuki tempoh baharu ketidakstabilan dan transformasi.

“Kedua-dua negara merupakan wakil penting untuk negara-negara sedang membangun di Asia dan ekonomi sedang pesat membangun.

“Kepentingan hubungan dua hala yang strategik terus diketengahkan, yang penting bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga masa depan rantau ini, meningkatkan perpaduan dan kerjasama ‘Global South’,” menurut kenyataan itu. 

Li berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia. Lawatan itu merupakan lawatan sulungnya ke Malaysia selepas menyandang jawatan tersebut pada Mac tahun lepas.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU