ARTIKEL

PM Anwar Rai Golongan belia dalam majlis berbuka puasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berbuka puasa bersama golongan belia, atlet paralimpik dan anak yatim di Kompleks Seri Perdana di sini.

Majlis itu dihadiri penuntut pelajar universiti, atlet serta warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Antara atlet yang hadir pada majlis tersebut ialah atlet powerlifting paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin, atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan pemanah negara, Mohd Juwaidi Mazuki.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal.

Majlis yang dianjurkan bersama oleh KPT dan KBS itu turut dimeriahkan dengan kehadiran 24 anak yatim dari Rumah Bakti Al- Kausar.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar universiti serta warga kementerian yang hadir sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah. – BERNAMA

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo