ARTIKEL

PM Anwar terima kunjungan hormat 16 perwakilan diplomatik ke luar negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat 16 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang memulakan tugasan di negara penempatan masing-masing.

Selain bertukar pandangan berkenaan dasar dan hala tuju hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara dituju mereka, Anwar berkata beliau juga berkongsi aspirasi dan perspektif isu domestik yang menjadi keutamaan kerajaan, terutama selepas pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lepas.

“Sekalung penghargaan diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua yang dilantik.

Moga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, insya-Allah,” katanya dalam catatan di Facebooknya.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

3.49 juta kemas kini PADU

Seramai 3.49 juta orang daripada 30.08 juta orang yang didaftarkan, mengemas kini maklumat mereka dalam sistem PADU setakat semalam (16 Februari). Menurut infografik yang dikongsikan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan