ARTIKEL

Kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim | Bernama

PM Anwar ucap tahniah Eain Yow pertahan emas skuasy Aichi-Nagoya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh skuasy negara Ng Eain Yow atas kejayaan mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata Eain Yow mengulangi pencapaian empat tahun lepas di Hangzhou apabila pingat emas turut menjadi miliknya.

“Empat tahun lalu di Hangzhou, emas menjadi milik Eain Yow. Hari ini, beliau mengulangi kejayaan yang sama.

“Satu pencapaian yang membanggakan dan sekali lagi mengharumkan nama Malaysia.

Syabas, Eain Yow!,” katanya.

Eain Yow mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki selepas menewaskan wakil India Abhay Singh 11-9, 11-5, 11-5 pada perlawanan akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya Kinjofuto Arena hari ini.

Kejayaan itu turut menyaksikan pemain kelahiran Kuala Lumpur berkenaan mengesahkan tiket awal ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Pingat emas itu adalah yang kelima buat Malaysia pada Aichi-Nagoya 2026 selepas dua emas menerusi karate serta masing-masing satu daripada e-sukan dan sepak takraw. — Bernama

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,