ARTIKEL

PM Anwar umum berita baik buat pengamal media pada kemuncak Hawana, 27 Mei – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan sedia mengumumkan beberapa berita baik buat pengamal media di negara ini semasa sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Kuching bermula esok.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diumumkan pada majlis kemuncak HAWANA 2024 pada 27 Mei ini yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nantikan, Insya-Allah ada pengumuman baik,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri pada Jumaat.

Berkaitan persiapan sambutan HAWANA 2024 yang membuka tirai pada Sabtu, Fahmi berkata, semuanya berjalan baik dan lancar.

“Perbezaan HAWANA pada tahun ini adalah kita ada jemput rakan-rakan media antarabangsa yang lebih ramai, termasuk enam organisasi media dari negara Asean,” katanya.

Mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, perhimpunan terbesar fraterniti media Malaysia itu turut disertai wakil media dari Kemboja, Indonesia, Jepun, Kuwait, Brunei, Filipina, Timor Leste, Vietnam, China, Korea dan Qatar.

Pelbagai program dirangka antaranya Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa yang dirasmikan oleh Fahmi di Pustaka Negeri pada Sabtu, selain Pameran HAWANA 2024 di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre selama tiga hari juga bermula Sabtu.

Sebanyak 20 reruai pameran pelbagai agensi akan mempamerkan perkhidmatan mereka, selain memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan pelbagai maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

Turut mengisi HAWANA 2024 ialah Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ yang berlangsung dua hari bermula Ahad dan dirasmikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Bagi mengenali keunikan budaya serta pembangunan terkini Bumi Kenyalang dengan lebih dekat, peserta HAWANA 2024 dibawa melawat lokasi ikonik di sekitar bandar raya ini, antaranya Muzium Budaya Borneo, Jambatan Darul Hana, dan Dataran Ibu Pertiwi, menerusi program ‘Juh Raon’ atau ‘jom bersiar-siar’ dalam bahasa Melayu Sarawak, pada Ahad.

Pada Ahad juga para peserta sambutan HAWANA 2024 diraikan dalam Majlis Makan Malam yang dihoskan Wan Junaidi.

HAWANA tahun ini ialah edisi keempat penganjurannya selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, Melaka (2022) serta Perak (2023), dan tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.

– Bernama

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke