Trending

PM arah Fadillah bantu Nanta Linggi cari kaedah percepat Pan Borneo siap 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, beliau menerima arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi mencari kaedah mempercepat penyiapan Lebuh Raya Pan Borneo 

Fadillah berkata, dua daripada tiga seksyen pembinaan lebuh raya itu dijadualkan siap sebelum penghujung tahun ini yang terdiri daripada Seksyen Sarikei dan Bukit Begunan. 

Sementara Seksyen Lambir berdekatan Miri bakal disiapkan tahun depan.  

Fadillah menghadiri Program Jelajah Advokasi Keselamatan Pan Borneo Sarawak. 

Pogram jelajah tersebut melibatkan pemimpin masyarakat bagi zon Kuching dan turut diadakan di bahagian lain di Sarawak secara berperingkat. 

Program berkenaan dianjurkan bersama JKR Sarawak, PDRM, JPJ, Pengurusan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (PLPS) dan pejabat daerah di seluruh negeri itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru