Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga terhadap arus pembangunan dan kemajuan yang banyak dikecapi oleh Sarawak.
Beliau turut mendoakan semoga Sarawak sentiasa makmur dan harmoni selamanya.
“Semoga Sarawak terus maju, makmur dan mengekalkan perpaduan yang utuh demi kesejahteraan bersama,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook bersempena sambutan Hari Sarawak, hari ini.
Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak.
Katanya tarikh 22 Julai amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watan Sarawak.