ARTIKEL

PM: Bayar pencen ikut amaun asal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kerajaan memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi Julai hingga Disember ini dibayar menggunakan amaun asal.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ia selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 tidak sah, dan undang-undang sebelum pindaan terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Anwar dalamm kenyataannya berkata, ia menyaksikan bayaran pencen bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012.

Manakala, pegawai awam yang bersara mulai 2013, bayaran dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

Beliau berkata, perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata penyelarasan pencen dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh