PM berjanji beri perhatian keperluan rakyat S’wak

KUCHING: Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih memahami keperluan rakyat Sarawak menerusi lawatan dua harinya ke negeri ini.

Menurutnya, banyak perkara yang dibincangkan bersama-sama kepimpinan negeri ini dalam agenda pembangunan.

“Saya akan memberi perhatian kepada keperluan rakyat Sarawak.

“Malah, saya yakin Sarawak akan membangun dengan pesat untuk tempoh 10 tahun di bawah kepimpinan Ketua Menteri (YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat bangunan baharu Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini.

Suara Sarawak