ARTIKEL

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi (kanan) mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi peman kebangsaan, Faisal Halim (tiada dalam foto) yang cedera akibat disimbah asid di sebuah hospital. - Foto ihsan FB Anwar Ibrahim.

PM doakan Faisal Halim segera sembuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim dikurniakan afiyah segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.

“Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak,” menurut hantaran itu.

Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey, telah disimbah asid dalam insiden di sebuah pusat membeli-belah di Damansara pada Ahad lepas.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemain Selangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat insiden tersebut dan beliau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan