ARTIKEL

PM hadir sesi mesyuarat dengan pelabur China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari terakhir lawatan rasminya ke China dengan menghadiri sesi mesyuarat meja bulat bersama-sama pelabur China berprofil tinggi.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira sejam itu dihadiri kira-kira 50 pelabur dan pemimpin industri dari pelbagai sektor termasuk teknologi peringkat tinggi, ekonomi digital dan pertanian.

Anwar menyifatkan perbincangan tersebut sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini dan bermakna.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Tidak pernah dalam beberapa tahun ini terdapat begitu ramai pemimpin industri terkemuka berhimpun bersama-sama.

“Ini adalah permulaan baharu bagi Malaysia. Saya gembira,” katanya.

Perdana Menteri kini menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 dan menyampaikan ucaptama pada forum itu.

Beliau juga menyaksikan majlis menandatangani sekurang-kurangnya 19 Memorandum Persefahaman antara perniagaan Malaysia dengan China semalam. – Bernama 

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU