PM hadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama Ketua-Ketua Masyarakat Kuching

KUCHING: Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama Kepimpinan Masyarakat di sini sebentar tadi.

Majlis yang bermula pada jam 2 petang itu berlangsung selama sejam, turut dihadiri Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan pemimpin kabinet persekutuan dan negeri.

Turut hadir Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju dan Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Koperasi Willie Mongin.

Selain itu Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Ia merupakan antara program Muhyiddin di Sarawak sempena lawatan kerjanya selama dua hari di sini yang bermula semalam.

Muhyiddin dijangka mengakhiri siri lawatan rasmi dengan mengadakan lawatan projek menaik taraf Hospital Umum Sarawak di kawasan Tanjung Aru, Kota Kinabalu sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang ini.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Muhyiddin ke Sarawak sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Suara Sarawak