ARTIKEL

PM Iceland sertai mogok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

REYKJAVIK: Wanita di seluruh Iceland pada Selasa melancarkan mogok menuntut kesamarataan jantina, protes pertama seumpamanya dalam tempoh hampir setengah abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mogok yang disertai puluhan ribu wanita di bandar raya Reykjavik itu menyebabkan gangguan terhadap rutin harian manakala tadika, sekolah, bank dan institusi lain terpaksa ditutup.

Perdana Menteri, Katrin Jakobsdottir, 47, berkata, beliau juga menyertai mogok berkenaan.

Perjuangan menuntut kesamarataan jantina terlalu perlahan, kata perdana menteri dalam temu bual dengan stesen radio RUV. “Walaupun situasi di Iceland adalah baik, kita belum mencapai kesaksamaan sepenuhnya,” kata Jakobsdottir. Jakobsdottir merupakan wanita kedua Iceland yang memegang jawatan perdana menteri.

Laporan Jurang Gender Global terkini yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia mendapati kesamarataan jantina berkembang pesat di Iceland berbanding negara-negara lain. Iceland berada pada kedudukan teratas selama 14 tahun dan satu-satunya negara yang mencatatkan 90 peratus kadar pelaksanaan. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial