ARTIKEL

PM: Kerajaan MADANI ketengahkan lebih banyak ikhtiar, jadikan Malaysia lebih makmur, adil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan MADANI mengetengahkan lebih banyak ikhtiar dalam usaha menjadikan Malaysia lebih makmur dan adil untuk semua.

Beliau berkata Ekonomi MADANI yang dirangka oleh kerajaan bukan sahaja menekankan keperluan memartabatkan sepelusuk rakyat malah beriltizam untuk meningkatkan keberkesanan kewangan dan ekonomi Islam dalam memelihara rakyat.

Menyentuh tentang majlis memeterai perjanjian strategik antara Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) dan Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) yang disaksikannya hari ini, Anwar berkata ia program untuk membantu pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerima produk perancangan pewarisan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui SPNB menawarkan Program RMR khususnya kepada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

“Alhamdulillah, dengan adanya perjanjian ini, pemilik Rumah Mesra Rakyat akan secara automatik ditawarkan produk terpilih AmanahRaya sebagai perancangan pewarisan seperti hibah dan wasiat ke atas harta tersebut.

“Ini sebagai nilai tambah kepada produk SPNB terutama Program RMR dan manfaat kepada pemilik untuk memastikan kelangsungan pemilikan kediaman oleh pewaris pada masa hadapan,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, melalui inisiatif itu juga, perihal wasiat akan dapat dipermudah tanpa membebankan rakyat berpendapatan rendah dengan kos guaman tinggi sekali gus perlindungan untuk yang tersayang turut terjamin. – BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)