ARTIKEL

PM lawat aset LNG terapung kedua Petronas di Korea

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEOJE (Korea Selatan):  Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tiba di Samsung Heavy Industries Geoje Shipyard untuk lawatan ke aset kemudahan Gas Asli Cecair Terapung 2 Petronas (PFLNG) di sini.

Perdana Menteri diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang menjadi ‘Lady Sponsor’ akan memotong tali pada majlis menamakan kemudahan itu hari ini.

Kapal kedua yang merupakan unit pengeluaran LNG laut dalam dengan kapasiti 1.5 juta tan setahun itu, memulakan pembinaannya pada 2015, dan kini dijadualkan berlayar pada Februari 2020.

Ia adalah kapal LNG terapung pertama yang berupaya mencapai rizab gas laut dalam yang terletak sehingga 1,500 meter di bawah air.

Kemudahan itu adalah 100 peratus milik syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan dibina oleh sebuah konsortium JGC Corporation of Japan dan Samsung Heavy Industries di Korea Selatan.

Kunjungan ke kemudahan di Geoje, sebuah bandar yang terletak di wilayah Gyeongsang Selatan, di bandar pelabuhan Busan, adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Dr Mahathir ke negara ini.

Dr Mahathir tiba di Busan pada 24 Nov 2019 untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan, diikuti lawatan rasmi ke Seoul dari 27-28 Nov, 2019.

Ini adalah lawatan rasmi pertamanya ke Korea Selatan sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Mei 2018.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan