ARTIKEL

Lee Hsien Loong (kiri) dan Joko Widodo (kanan) di Marin Bay sebelum menyaksikan penerbangan pesawat lalu lintas hormat. - Foto: CNA (Gaya Chandramohan)

PM Lee hadir permukiman pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan melawat Bogor, Indonesia pada 29 April ini untuk menghadiri Permukiman Pemimpin Singapura-Indonesia yang dihoskan oleh Presiden Joko Widodo, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura.
      
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Permukiman Pemimpin terakhir dengan Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi. 

Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei ini sementara Jokowi akan mengakhiri penggal pentadbirannya pada Oktober.

Pada permukiman itu, kedua-dua pemimpin itu akan menilai kembali kemajuan penting yang dicapai dalam kerjasama dua hala dalam penggal masing-masing, termasuk tiga perjanjian yang berkuat kuasa pada Mac tahun ini di bawah kerangka kerja yang dikembangkan selain daripada menyemak semula kemajuan diperoleh dalam bidang seperti pertahanan, ekonomi digital dan  kemampanan.

“Singapura dan Indonesia juga telah mencapai kemajuan dalam kerjasama dua hala pelbagai bidang lain yang meluas, termasuk pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta kerjasama kewangan.

“Semasa pandemik COVID-19, kedua-dua belah pihak juga mengukuhkan kerjasama dalam penjagaan kesihatan,”kata PMO dalam satu kenyataan semalam.  

Lee akan diiringi beberapa menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, yang dinamakan sebagai pengganti Lee.

Turut tersenarai dalam delegasi itu ialah Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras untuk Keselamatan Negara, Teo Chee Hean, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing.

Lain-lain menteri yang menyertai delegasi itu ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam , Masagos Zulkifli, Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung dan Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Industri, Dr Tan See Leng. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.